Petua: Penawar sakit Gigi

okey, hari ini saya nak kongsi sedikit petua tentang "Penawar Sakit Gigi"
sebenarnya, saya "tengah mengalami sakit Gigi" , semoga dengan petua yang di kongsi  mampu mengurangkan kesakitan yang di alami oleh "merekaII" yang hadapi masalah nie.
...
"Penawar Sakit Gigi"

  Gigit TIGA kuntum Bunga Cengkih pada tempat yang sakit.
Kalau gigi berlubang, ketu cengkih & isi di dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.

 Kunyah sedikit sekapur sirih pada gigi yang sakit hingga lumat.
  Untuk menghilangkan sakit gigi berlubang, anda perlu dapatkan getah pada tampuk buah betik yang masih muda.sapukan dengan kapas & letakkan pada gigi yang sakit.Insya-Allah sakit gigi akan beransur pulih.
  Tumbuk seulas bawang putih sehingga lumat lalu campurkan dengan sedikit cuka.Masukkan bahan tadi ke dalam gigi geraham yang berlubang.
  Masukkan sedikit cuka ke dalam air suam lalu berkumurlah dengannya beberapa kali sehingga hilang rasa sakit.
  Makan buah belimbing buluh sebanyak tiga biji dengan sedikit garam.
  sapukan getah pokok kemboja pada tempat yang sakit.
 
manakala, bagi mereka yang mengalami Bengkak gusi pula nie, ada sedikit Petua nya
"Ubat Bengkak Gusi"

  Hancurkan umbut nanas dan campurkan dengan sedikit garam halus.Kemudian, tampalkan pada gigi yang bengkak.Lakukan cara ini sehingga sembuh.
  Dapatkan sedikit kulit pokok mangga/mempelam .Basuh dan rebus dengan sedikit garam.Biarkan sehingga mendidih dan suam. Berkumur setiap pagi dengan air tu :)

Okey, itu lah sedikit sebanyak petua yang saya kongsi  :)
Selamat mencuba  


Tak kan baca je kot! komenlah sekali :)

'>

1 Pengkomen Terhebat:

Fatimah Bt Tony said...

Perkongsian yang menarik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...